Tuesday, August 26, 2014

A visit to orchard

Entry kalini kita buat style karangan sekolah rendah k?

Pada suatu hari, pakcik saya telah mengajak saya sekeluarga untuk berkelah di kebun beliau yang terletak di Ulu Langat, Selangor. Menurut pakcik saya, di kebun beliau terdapat banyak pokok-pokok yang sedang berbuah seperti buah cempedak, pulasan, duku langsat dan manggis sedang berbuah.

Kami bertolak selepas sarapan pagi dengan menaiki 3 buah kenderaan pacuan mepat roda. Kebun pakcik saya berada di kawasan berbukit dan dikhuatiri kenderaan biasa tidak sesuai bagi perjalanan tersebut. 

Kami tiba ke kawasan dusun tersebut lebih kurang jam 10 pagi. Pada ketika itu, matahari telah memancar. Walaubagaimanapun, kanak-kanak termasuk anak saya Adam tetap dalam keadaan gembira kerana mereka jarang-jarang dapat bermain di luar. Tetapi sebelum itu, saya telah menampal pelekat penghalau nyamuk brand tiger balm pada setiap kanak-kanak yang ada. Di samping itu, kami turut menghidupkan ubat nyamuk di sekeliling kawasan kami berkelah.

Sepanjang di kebun kami dapat menikmati buah-buahan tempatan yang segar dipetik dari pokok. Kami turut menggoreng cucur cempedak di pondok yang disediakan. Sungguh berselera kami menikmati hidangan tersebut beserta nasi lemak yang telah dibawa sebagai bekalan kami.

Kami pulang bersama-sama berbakul-bakul buah-buahan tempatan lebih kurang jam 12 tengahari. Ketika itu keadaan sudah terlalu panas untuk berada di luar rumah. Kami sangat seronok semasa berada di kebun pakcik saya. Saya berharap dapat pergi ke kebun pakcik saya di masa hadapan lagi untuk menikmati buah-buahan tempatan yang segar terutama pada musim buah-buahan.

 
 
 
 
 
mak & her brother
mosquito coil
relaxing


cempedak goreng
 
 
going back



No comments: